Sunday, January 1, 2012

2 0 1 2


Asal tahun baru je mesti ramai yg nak berazam kan..??
Nape tak tiap2 bulan ke.. tiap minggu ke.. :)
Tapi azam ni penting juga supaya seseorang tu ade effort nak berubah
atau achieve something good..

Azam Tahun Baru:

1. Lepas abis belajar, nak cari kerja sendiri.. taknak beharap sangat dgn GOVERNMENT. nak bukak bisnes sendiri (aquaculture, contractor). kalo tak sia2 saje la aku blajar Pemprosesan Penilaian Projek, RP...hehe.

2. Nak dapatkan lesen Big Mama Giant Snakehead. sebab tahun lepas aku dah kecewa dengan 3 kali miss mamatoman.. tragis tul ! Dan pada masa yg sama nak upgrade set barang2 pancing.. selepas kes betul2 tragis (1 set gewang kene curi)..sedihh gila kalo ingat balik.

3. Kasi balancing + alignment hubungan antara keluarga, kawan2, hobi dan yg tersayang.. :)



Ape ape pun...

Kita berazam sama seperti kita merancang sesuatu, pada masa yang sama Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah yang terbaik..dan Allah yang menentukannya..

Selamat Tahun Baru... :)



Wednesday, November 2, 2011

Minggu-minggu ONG....


Ikan bulan/tarpon adalah spesis wajib strike kalo tinggal kat UMT...
sebab port pagar belakang UMT cukup banyak spesis ni..
gewang popper mmg killer untuk tarpon..
benar2 terhibur dengan aksi akrobatiknya. :)



Lokasi seterusnya : Penarik, Terengganu..
lubuk ni wajib pergi disaat ada kelapangan dihujung minggu..
rekod terbaik disini, siakap putih 1.0 + kg..
sambarannya masih terbayang2...~~
ikan toman juga target utama di lubuk ni..



Seterusnya, petang2 kalau bosan mesti g kolam umt,
buat rasa karen 2-3 volt je...hehe..
target spesis, haruan n bulan..

Trofi idaman menjadi kenyataan..!
Sebarau @ badong , 2.5 ++ kg,
berjaya didaratkan dalam masa lebih kurang 5 minit..
ternyata spoon abu island betul mujarabbbb..
dan tentangan/rejaman yg diberikan cukup bertenaga.
sebab itu digelar 'serigala' air tawar..hehehee...


die punya lawan xde jual kat mane2 beb..~~

Monday, August 8, 2011

C A S T I N G F O R E V E R

Bagi aku sukan memancing @ sport casting ni cuma sekadar hobi. Tapi hobi aku ni satu kegilaan yang susah nak explain. Sebab kepuasan sememangnya tak ada jual kat mana. Kita sendiri yang rasakannya.. Kebaikan dan keburukannya ada juga, namun aturan masa kita perlulah sebaiknya.. Satu kegilaan yang teramat sangat adalah disaat ikan begitu rakus menghentam gewang yang kita sendiri mainkan.. Selain itu, equipment2 barang pancing seperti rod, reel, lure dan lain pasti menjadi satu ketagihan setiap caster untuk memilikinya.. Itulah satu kepuasan sebenar dlm sport casting ni.. Tapi ingat, bukan barang2 mahal je ikan pandang... skill dan pengetahuan kita tentang alam juga menjadi aspek yang penting.. Selain itu, melalui sukan ini kita sebenarnya mendapat kenalan2 baru yang mempunyai hobi yang sama... sambil2 tu boleh menambah ilmu memancing dari sipo-sipo sekalian alam..hehehe..

Beberapa foto untuk tatapan semua..
geng2 casting aku setiap masa

Jom layannnnn!


Rekod terbaik aku di perairan lombong air kuning
Peacock bass 1.2kg, 44cm
Seahawk bass + Fenwick eagle GT 8-20lb
Storm Chug bug

Qadir @ 1st teacher..hehe..
Dia lah yang banyak membantu aku dalam arena casting..
TQ sipo !
Puas mendaratkan siakap putih 5kg
Daiwa Exceler + Fenwick eagle GT 8-20lb
Cultiva pencil
Fikrie @ Pikai sudah berani mencuba nasib di Pulau 9
Hasilnya Giant Travelly, GT, 4kg
Silver max + team seahawk perfect 10-20lb
Spoon altima
Dia juga haruan hunter!!!

Adie the tarpon
Tomman Elite + Xpuyu rod
Popper Aby special
Dari basic memancing aku ajar dia..
minat punya pasal gua layannnn..hehe


Member sekampung, irfan.
sudah mula mengganas seperti tangkapannya
Barracuda 3.5kg
Daiwa sweepfire + Awa shima rod
Bebulu jig
Sipo aku juga dalam arena udang galah.. :)


Shafie, termakan hasutan aku dalam memesatkan
sport casting ni..hehe
Toman bunga @ kerandang 800gram
Species rare dalam MALAYSIA!!!


Semoga minat dan semangat anda dalam hobi ini berkekalan..selamat menghanyirkan diri dan memajukan
untuk terus menggilai 'hobi' hanyir ini..wsalam..

Thursday, May 5, 2011

Komplot terakhir Sem 4 di Penarik

" Bangun2!!, zizi dah sampai umahh! "
sifu qadir bersuare..
warghhh!! tetiba plak rase cukup malas nk g casting..
tapi kali ni aku betul2 ikut prinsip sifu adi
dengan mengamalkan menggosok gigi sebelum casting
bagi mengelakkan ikan lari dari lubuk..hehe..

Toman & siakap merah jadi sasaran kali ni!
pemilihan gewang jenis floating
sangat efisyen di lubuk Penarekkk nih..
kata orang ' lain tempat, lain belalangnya '
dari survey terhadap ikan2 yg tertipu ni,
dia lebih suka jenis pencil bebanding popper..

gewang murah tapi cun melecun..

Seperti diduga,
kelibat toman muncul di bawah pelepah nipah,
apa lagiiii, terjah terusssss..
2 kali cast, gewang cultiva ni (legend lure)
kena hentam baek punyaaaa!!
walaupun saiz xbesar mana, yang penting
STRIKE UP!!


Tak lama pastuh,
sambaran bertubi2 toman tak mengena hook, tak tancap kemas..
" Cukup marah tomanto-tomanto arinih yekkk???
asal baling je nak hentam ekk?
xpa2, pasnih aku bawak makanan lagi baekk dari arini..
hang puasa dulu ekk! haha.. "

antara view di Penarik,
kalo ada masa singgah2 le sini..
pantai bersih, ikan pun macam2 ada! haha..

~ SELAMAT BERCUTI ~

Wednesday, May 4, 2011

Pembohongan dalam memancing!


Pembohongan terhadap si tarpon.

Tidak dinafikan, pancingan gewang merupakan sektor yang paling cepat berkembang dalam dunia memancing hari ini. Semuanya kerana menangkap ikan dengan gewang dinobatkan satu keseronokan yang muktamad.

Arena ini juga merupakan satu aktiviti pemburuan yang mencabar, aktif, tidak kotor, tidak berbau dan tidak perlu kerja keras (tak perlu susah payah cari umpan). Bahkan, ikan yang ditangkap selalunya tercangkuk di mulut atau bibirnya. Oleh itu, 'tangkap dan lepas' tidak memudaratkan.

Namun begitu, ramai orang masih memandangnya sebagai satu bentuk seni yang gelap dan misteri. Mereka kata, sukar beroleh kejayaan dengan menggunakan umpan tiruan ini. Saya sendiri bertemu ramai pemancing yang bertanya, "Mengapa saya tak pernah dapat ikan dengan gewang?" Justeru, artikel ini adalah untuk golongan berkenaan, dan juga sebahagian dari kita yang mahu memperbaiki hasilnya dalam arena menggewang.

Bercakap Bohong
Gewang dianggap satu bentuk penipuan oleh pemancing terhadap ikan. Semakin kuat pembohongnya, semakin tinggilah mangsa terpedaya. Tujuan saya menulis ciri-ciri ini adalah untuk merubah anda menjadi raja penipu ikan yang lebih handal.

Untuk menjadi penggewang yang handal, gewang anda hendaklah kelihatan dan beraksi lebih menggoda apabila berada di dalam air. Kadangkala ilmu menipu ikan supaya menggigit gewang tidak berkaitan dengan meniru keadaan sebenar (Terubuk MFC, 2009).

So, harap information ni dapat membantu mekeme2 sekalian.. kalau gewang mahal skalipun, tapi teknik tak betul , tak boleh jugak.. semua ni begantung pada pemancing itu sendiri.. bak kata abg mie (sifu kota bahru,gopeng), kalo nak tackle ikan, kena tau nak padankan antara gewang, reel & rod supaya aksi gewang tu menjadi.

ni la akibatnye bila xdapat ikan berkurun lamanyaaaa..

Sunday, April 17, 2011

Perasmian senjata baru

seahawk bass 103L + rod fenwick

Akhirnye dapat jugak baitcasting seahawk bass ni..
Baru la ada feeling nak casting..
Yang pastinya
die punya karen lagi hebat dari spinning reel..
tqvm 'iwe' jual reel ni kat aku..hehee..!
walaupun 2nd hand tapi bagi bigginer okeh dahhh. :)

Hati dah tak tahan nak try senjata baru nih..
maklum la..., 1st time ada BC reel...
tapi sebelum ni biasa dah pakai BC member
(al kisah drpd kesulitan & keperitan time komplot Pikok beS)
Biarlah ia jadi kenangan spnjang zaman..ngeh3~

So, member aku dah tabor racun baek punyaa
ngn tunjuk gambar ikan toman & bulan yg dia dpat semalamnye..
Petang bila tah aku tak ingat,
komplot la ngn housemate tapi bak kate usop wilcha
"miss communicationn" , dia sesat g lubok lain plak...
casting la aku sorang mcm lone ranger..

Dan Hasilnyaaa...

tangkap gambar sorg2 jelah...
sape lg nak ngambik gambor temannnn...

Lure micro popper aby special
mmg betol2 mantappp + murah !
hook kasi tukar besar skit, baru ngancam tancapannya...
tapi yg penting hook kena tajam, sbb mulut ikan bulan aka tarpon
mmg keras! sbb tu digelar iron mouth..

(slamat bercasting bro!!)

Tuesday, February 22, 2011

Perempuan Merajukkk...ada cara??


Merajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. Kita sebagai lelaki perlu tau teknik dan tektik yang sesuai ketika menghadapi situasi itu . Kita kena tau juga tahap merajuk, tahap ketampanan kita dan juga munkin kandungan hormon dalam badan. So, penggunaan tips dan petua ini tidak dijamin keberkesanannya...hehe.. Boleh dicuba tapi ditanggung sendiri.. :D

1. Bila awek mula mengamuk baling-baling barang
- Cuba anda sambut apa yang dia baling. Inilah masanya anda nak tunjuk kepantasan dan kehebatan menjadi goal keeper. Tidak sia-sia selalu jadi keaper masa main futsal.Tu pun kira bertuah dia x baling buah durian.. kalau tak, korang tangkap la durian tu..haha.!

2. Bile awek mula menjerit tak pasal-pasal menengking, membebel tanpa henti
- Anda diam je.. buat tak tahu.. lepas tu menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. Inilah masanya untuk anda menunjukkan suara anda sehebat Faizal Tahira ataupun Black Mentor.

3. Bile awek anda tenung macam nak telan (garang ar konon!)
- Anda senyum jek pandang si dia! Inilah masenya anda tunjuk betapa comelnyer muka anda ketika senyum!

4. Bile awek anda ambil semua barang2 dia ala2 nak lari dari rumah.
- Tolonglah kemaskan barang² dia bersama-sama. Ambil semua barang² dia masukkan dalam plastik sampah kaler itam tuh. Inilah masanya untuk anda tunjuk betapa rajinya, ringan tulang dan mempunyai semangat bergotong royong serta suka bantu membantu.

5. Bile awek menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
- Anda ketawalah berdekah² hingga terguling². Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka, sedih dan terluka!


Sekali lagi diingatkan, pandai buat pandai2 la tanggung ye..

tapi kalau anda berjaya, anda memang

LELAKI YANG HEBAT.. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...