Thursday, May 5, 2011

Komplot terakhir Sem 4 di Penarik

" Bangun2!!, zizi dah sampai umahh! "
sifu qadir bersuare..
warghhh!! tetiba plak rase cukup malas nk g casting..
tapi kali ni aku betul2 ikut prinsip sifu adi
dengan mengamalkan menggosok gigi sebelum casting
bagi mengelakkan ikan lari dari lubuk..hehe..

Toman & siakap merah jadi sasaran kali ni!
pemilihan gewang jenis floating
sangat efisyen di lubuk Penarekkk nih..
kata orang ' lain tempat, lain belalangnya '
dari survey terhadap ikan2 yg tertipu ni,
dia lebih suka jenis pencil bebanding popper..

gewang murah tapi cun melecun..

Seperti diduga,
kelibat toman muncul di bawah pelepah nipah,
apa lagiiii, terjah terusssss..
2 kali cast, gewang cultiva ni (legend lure)
kena hentam baek punyaaaa!!
walaupun saiz xbesar mana, yang penting
STRIKE UP!!


Tak lama pastuh,
sambaran bertubi2 toman tak mengena hook, tak tancap kemas..
" Cukup marah tomanto-tomanto arinih yekkk???
asal baling je nak hentam ekk?
xpa2, pasnih aku bawak makanan lagi baekk dari arini..
hang puasa dulu ekk! haha.. "

antara view di Penarik,
kalo ada masa singgah2 le sini..
pantai bersih, ikan pun macam2 ada! haha..

~ SELAMAT BERCUTI ~

Wednesday, May 4, 2011

Pembohongan dalam memancing!


Pembohongan terhadap si tarpon.

Tidak dinafikan, pancingan gewang merupakan sektor yang paling cepat berkembang dalam dunia memancing hari ini. Semuanya kerana menangkap ikan dengan gewang dinobatkan satu keseronokan yang muktamad.

Arena ini juga merupakan satu aktiviti pemburuan yang mencabar, aktif, tidak kotor, tidak berbau dan tidak perlu kerja keras (tak perlu susah payah cari umpan). Bahkan, ikan yang ditangkap selalunya tercangkuk di mulut atau bibirnya. Oleh itu, 'tangkap dan lepas' tidak memudaratkan.

Namun begitu, ramai orang masih memandangnya sebagai satu bentuk seni yang gelap dan misteri. Mereka kata, sukar beroleh kejayaan dengan menggunakan umpan tiruan ini. Saya sendiri bertemu ramai pemancing yang bertanya, "Mengapa saya tak pernah dapat ikan dengan gewang?" Justeru, artikel ini adalah untuk golongan berkenaan, dan juga sebahagian dari kita yang mahu memperbaiki hasilnya dalam arena menggewang.

Bercakap Bohong
Gewang dianggap satu bentuk penipuan oleh pemancing terhadap ikan. Semakin kuat pembohongnya, semakin tinggilah mangsa terpedaya. Tujuan saya menulis ciri-ciri ini adalah untuk merubah anda menjadi raja penipu ikan yang lebih handal.

Untuk menjadi penggewang yang handal, gewang anda hendaklah kelihatan dan beraksi lebih menggoda apabila berada di dalam air. Kadangkala ilmu menipu ikan supaya menggigit gewang tidak berkaitan dengan meniru keadaan sebenar (Terubuk MFC, 2009).

So, harap information ni dapat membantu mekeme2 sekalian.. kalau gewang mahal skalipun, tapi teknik tak betul , tak boleh jugak.. semua ni begantung pada pemancing itu sendiri.. bak kata abg mie (sifu kota bahru,gopeng), kalo nak tackle ikan, kena tau nak padankan antara gewang, reel & rod supaya aksi gewang tu menjadi.

ni la akibatnye bila xdapat ikan berkurun lamanyaaaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...