Friday, January 21, 2011

Kenangan bersama


Bila kita rasa kita nak sedih, cuba ingat semula zaman kanak-kanak. Biasanya, kita akan ketawa bila kita ingat-ingatkan masa kite kecik2 dulu.. Dulu2 org panggil budak kecik mat sentoi, tp skrg mat rebina.. betul ke.??haha!

Tapi, yg betulnye tak ade orang yang akan jadi sedih bila ingat masa kecik2 dulu. Masa kanak2 suatu zaman yg kita dikira bebas untuk buat apa pun sahaja. Maknanya, kita belum ada rasa tanggungjawab. Segala benda kita buat sume ikut gerak hati yang kita nak. Tak kira dah kalo abah tak bagi ke, mak tak bagi ke, kite NAK jugak!!hahaha.. Jadi, kebiasaannye apa pun pengalaman semasa zaman kanak2 adalah kenangan yang terindah.

Dalam blog nih, aku nk bukak satu rahsia zaman kenakalan aku.. sebab dulu2 aku tak pernah nak pegang paku payung, aku bersame sorang kawan ni pegi tabur paku satu plastik atas jalan taman aku...bukan takat tabur, siap tegakkan lagi paku tuh.. pastuh, nyorok kat semak2 tgk mangsa2 yg kena..hahaha!! syok gila.. yg tak tahan tuh, yg naek kreta tuh smpai nk tebabas kat tepi longkang..huhuu..jahat2..

Citer lain pulak, pengalaman aku ditampar 360 degree oleh cikgu BI.. Bedengung telinga aku..huh..Pastu die mengamuk smpai tebalikkan meja aku..ngeri ouhh..haha...Biase ar sebab ape..di tampar sebab tak siapkan kerja sekolah. Tak siapkan kerja sekolah pula sebab pergi main pancing-pancing ikan kat tepi parit, main gasing lah, main bola la, racing basikal lah.. Last2, kena sebat ngan abah sbb balik lewat petang.. Biasa malam2 abah ajar aku, tolong wat kerja sekolah.. ada hari tu, aku excited sgt sbb baru dpt balajar bahagi. pastu, abah bagi satu soalan psl bahagi, tp bingung lak tak dapat buat.. perghhh, ditepuknye buku kat pale aku, pastu, buku aku dicampak...hhuhhh.. sadiss.. tp besok buat lagi..hahhaa.!

Dulu time kecik2 arwah cik Masri slalu wat kelas kompang malam.. di ajar dari A smpai Z.. smpai majlis besar2 kitorg datang main kompang..bapak syok ahh.. majlis hari polis, larian sukan sea, kenduri kawin.. arwah mmg baik sgt ar ngn kami, memahami kami.. (tau2 je ktorg suke main mercun, mmg bapak mercun mcm bom die bagi..)... Al fatihah buat arwah cik Masri.. nnt aku nk beli kompang ong aku, nombor 6...hehe..

Cukup ar sampai sini, kalo nk citer sumer mmg xsudah..hehe.. moral of the story, benda2 ni semua , banyak yg asalnye memang dari pengalaman2 yg dilihat tak baik. Tapi bila berlaku di zaman kanak2, serta merta ia menjadi suatu kenangan yang amat manis dan indah untuk diingat-ingat... ADios..! :D


Tuesday, January 18, 2011

Petang yang beracun...


Dengan niat nak casting kat lubok siakap,
aku gerak ngn member baru (staf UMT) naik kete die..
konon2 nye xbleh lepas lah nk masuk kat post guard tuh..
dah bebulan2 tak dtg port siakap nih...
kat lubok ni kalo dpt sekap mmg saiz megatron punyer..
tp tasiknye dah tak mcm dulu, skrg ni penuh dgn rumpai2..
asal karau jer mesti sangkot rumpai..
kalo sangkot sekap ke, bulan ke ok lah jugak...

Member aku Qadir, baru je smpai.. dlm jam 6 ptg...
tak sampai 10 minit, gewang pencil Cultiva die disambar siakap..!!
lepas tuh, GUA RASA BADAN GUA DAH KENE RACUN...
DAMN2! BESAU TUHHH!
Dengan prinsip CnR, sekap tesebut dilepaskan smule dalam tasik tuh.
Next time kita bleh rase tarikan sekap same2..
(kdg2 aku pelik gak, asal yg pro angler tak amalkan CnR..
At least, 'selected harvested'.
tau lah pro, tak payah la nk bolot sorg2..
sian kat org lain...kih3~)

Agak2 brape kilo siakap nih...???

Saturday, January 8, 2011

Naluri & Firasat


Akal fikiran dan perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap manusia merupakan satu keistimewaan yang membezakan antara manusia dengan makhluk ciptaan Nya yang lain. Akal fikiran dan perasaan ini pula dihiasi dengan naluri atau gerak hati sebagai pelengkap kejadian manusia itu sendiri. Seringkali manusia menggunakan naluri atau gerak hati ini dalam memandu mereka untuk membuat sesuatu keputusan mahupun sesuatu pertimbangan.

Anugerah Tuhan tidak sesekali mampu kita nafikan. Ada sesetengah individu yang sememangnya mampu meneroka alam psycic menerusi kelebihan naluri dan gerak hati yang dianugerahkan oleh Nya. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa, naluri atau gerak hati merupakan salah satu daripada keistimewaan deria keenam yang sememangnya
dianugerahkan kepada manusia dengan tahap dan kemampuan yang berbeza-beza.

Antara naluri dan firasat…

Naluri dan firasat adalah sesuatu yang cukup berbeza. Naluri adalah gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia itu sendiri. Firasat pula lebih cenderung kepada gerak hati yang lahir atas pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.

Naluri dan firasat adalah sesuatu yang amat berbeza dan seringkali mengelirukan. Keduanya bergerak selari dan hampir seiring. Namun nyata, naluri adalah deria keenam yang cukup istimewa sementara firasat hanya sekadar satu ramalan yang dipertimbangkan oleh akal dan perasaan.

Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa naluri adalah satu anugerah yang suci dan bersih dalam diri setiap individu. Ia wajar dipelihara agar naluri itu sendiri tidak tercemar dengan firasat yang seringkali dianggap sebagai `pembunuh’ kepada keistimewaan anugerah Tuhan itu. Naluri mendekatkan kita dengan Pencipta dan mendekatkan kita dengan kasih sayang. Keistimewaan ini dimiliki oleh semua orang tetapi pada tahap keupayaan yang berbeza-beza. Jadi, hargailah keistimewaan itu, manfaatkanlah ianya sebaik mungkin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...