Sunday, December 19, 2010

Sesungguhnya anda begitu beharga...


Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...

Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.


credit to: http://www.blogger.com/feeds/705903513017338914/posts/default

Friday, December 17, 2010

Trip KUMPAU sepanjang zamannnn!




pusing2 dalam estate, mencari lombong rahsia.. dikatakan byk ikan peacock bass..
lombong nih sgt famous dalam forum lubuk.net


Plan punya plan, semangat dah 110%... tapi ape pun xdapat..tu lah maknenye KUMPAU... ehehe..
dah 3 ari direct aku mancing, sekor pun xdapat naek... kiwak gilaaa.. sume jenis umpan dah aku pakai...penin2.. xkan nak ngujun sepat ngan puyu.. bapak bosan..hehee..

TAPI YANG PASTI NAPE AKU TAK SERIK2 NAK MANCING LAGI...
~LU PIKIR AR SENDRI~


Sampai je kat lombong air kuning nih, aku jadi blank.. kat mane nk mancing.. luas gila lombong nihhh..
kalo ada bot okeh lah.. aku rase mcm duk tp tasik banding...

Sunday, December 12, 2010

Bayar saman la yob..!



Saje aku nak ingatkan korang...kalo rase kenderaan korg kene saman, pakat2 lah g balai polis skrg nih... dapat diskaun 50 %.. kira okeh la tu polis bagi peluang..hahaha... sekurang2nye duit lebih tuh boleh gak korg blanje bende lain..
Hari tuh saje p tengok kat balai.. camne suasananyer... perghh tu diaa... org beratur panjang gilaaaa!!.. merase lah korg tunggu turn.. sapa suruh wat salah..ngeh3~..

dalam metro online -

terdapat juga beberapa orang yang kelihatan merungut bukan sahaja kerana mereka terpaksa beratur panjang tetapi juga adalah kerana kaunter bayaran yang dibukan terlalu sedikit berbanding dengan jumlah mereka yang datang untuk membayar saman.

Ada sesetengahnya terpaksa 'mengorbankan' makan tengah hari mereka semata-mata untuk terus beratur panjang bagi menyelesaikan bayaran saman mereka.

“Saya datang dari Kepong tetapi saya tidak boleh tunggu dan beratur panjang macam ini untuk jelaskan saman saya," kata seorang lelaki yang terus keluar dari barisannya untuk pulang tanpa mahu menunggu lebih lama lagi.

Bagaimanapun ada juga di antara mereka yang datang untuk membayar saman tidak sedar yang mereka akan menikmati diskaun sehingga 50% hari ini.

“Saya sebenarnya tidak tahu. Saya datang hanya kerana hendak bayar saman saya bukan kerana saya tahu ada diskaun hari ini," Nushratul Zahini Ghazali, 29.

Bagaimanapun mereka yang tidak sempat untuk menjelaskan saman sepanjang tempoh ini masih boleh menikmati diskaun sehingga 30% jika mereka melangsaikan bayaran saman mereka sebelum akhir bulan ini.

p/s: pasnih kaya lah government... dok amik duit rakyat je...kahkahkahkah!!!!!!!


tu diaaaa... siap la korg.. satu2 aku kena target!! hehe

Thursday, December 9, 2010

Lesen ikan cuti sem nih..!!

Dalam sebulan cuti sem nih gua dah list utk dapat lesen2 ikan..!! so, wish me luck!!!hahaha.. :D

Toman

kalo dapat toman besar camnihh, mmg aku rehat mancing sebulan ooo..hahhaa!

Peacock bass (ikan raja)

nih sifu dapat PB kat air kuning..Besar gilaa!! sifu nih jugak lah pernah dpt arapaima kat amazon!!
P/S: http://anglingworld.blogspot.com/search/label/Amazon

Siakap putih

Saje mau letak ikan sekap nih.. tapi gua nk try renew balik lesen sekap gua..
tmbah2 lagi kat area bagan datoh nih.. !!

Rohu

ikan rohu @ ara nih gua baru nak cuba2..tekniknye guna umpan dedak.. pastikan bau dedak ngancam!!!hahha..

~~NGAIL SOKMO~~

Wednesday, December 8, 2010

Cuti Sem Bermulaaa!!


Assalammualaikum w.b.t.

Ape2 hal dulu, aku nk lap dulu blog aku... lame sial xupdate blog.. ni pun ammar stone punyer pasal ar suruh aku update.. kejadahnyerrrr!! haha! Amacam cuti sem nihh? banyak plan ke kengkawan..? Try ar buat bende2 berfaedah sikitt.. tak kan plan melepak tp bendang je der...pastu isap rokok.. hampehh ar korang!haha..

ni lah kampung aku... skrg musim menuai daa...

Plan ar ngn family g holiday mane2 ke.. panjat gunung kinabalu ke.. tp kalo wat Family Day lagi ar syokk!! kulaan2 sume! baru ar caraaaaa... :D Tapi cuti sebulan nih, yg penting aku nak mancing puas2.. biar sampai itam ah muka aku nih.. pastu maen badminton kat chenderong balai..tp sudah sekian lama xmain kat c.balai, skali maen tetiba aku rase cam xda power.. ke pakcik2 situ telebih powerr?? gilaa.. umur 40 lebih dah, smash xmau nk kuat lagi plak kan.. defend pun dah mcm koo kien kiat... aku ni defend cam kong kiet kuat.!! hampehh gila.. cukup frust aku malam tuh.. :(

Lagi satu aku pikir plan tebaek cuti sem nihh... korg patut jumpe kengkawan lama!!! tak kira ar laki ke pompuan..hahhaha!.. lepak makan same2 ke... korg g 'Pecnic' ke... enjoy dowhh.. tapi semua tu , perlukan duit bro... Last2 korang kene keje gak cuti nih... xpun keje bwh mak bapak korg... kejenyer senang je.. "keje bodek" heheehee... cukup ar takat nih...tak lalu taip pnjg2,(patut ar BM spm aku dpt B)... Slamat becuti semuaa!!!! Wassalam... :)


Sebelum tu... aku kasi tempek skit restoran 5 star aku...Krishnan..


Selamat menjamu selera....heheheee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...