Sunday, December 12, 2010

Bayar saman la yob..!



Saje aku nak ingatkan korang...kalo rase kenderaan korg kene saman, pakat2 lah g balai polis skrg nih... dapat diskaun 50 %.. kira okeh la tu polis bagi peluang..hahaha... sekurang2nye duit lebih tuh boleh gak korg blanje bende lain..
Hari tuh saje p tengok kat balai.. camne suasananyer... perghh tu diaa... org beratur panjang gilaaaa!!.. merase lah korg tunggu turn.. sapa suruh wat salah..ngeh3~..

dalam metro online -

terdapat juga beberapa orang yang kelihatan merungut bukan sahaja kerana mereka terpaksa beratur panjang tetapi juga adalah kerana kaunter bayaran yang dibukan terlalu sedikit berbanding dengan jumlah mereka yang datang untuk membayar saman.

Ada sesetengahnya terpaksa 'mengorbankan' makan tengah hari mereka semata-mata untuk terus beratur panjang bagi menyelesaikan bayaran saman mereka.

“Saya datang dari Kepong tetapi saya tidak boleh tunggu dan beratur panjang macam ini untuk jelaskan saman saya," kata seorang lelaki yang terus keluar dari barisannya untuk pulang tanpa mahu menunggu lebih lama lagi.

Bagaimanapun ada juga di antara mereka yang datang untuk membayar saman tidak sedar yang mereka akan menikmati diskaun sehingga 50% hari ini.

“Saya sebenarnya tidak tahu. Saya datang hanya kerana hendak bayar saman saya bukan kerana saya tahu ada diskaun hari ini," Nushratul Zahini Ghazali, 29.

Bagaimanapun mereka yang tidak sempat untuk menjelaskan saman sepanjang tempoh ini masih boleh menikmati diskaun sehingga 30% jika mereka melangsaikan bayaran saman mereka sebelum akhir bulan ini.

p/s: pasnih kaya lah government... dok amik duit rakyat je...kahkahkahkah!!!!!!!


tu diaaaa... siap la korg.. satu2 aku kena target!! hehe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...