Tuesday, February 22, 2011

Perempuan Merajukkk...ada cara??


Merajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. Kita sebagai lelaki perlu tau teknik dan tektik yang sesuai ketika menghadapi situasi itu . Kita kena tau juga tahap merajuk, tahap ketampanan kita dan juga munkin kandungan hormon dalam badan. So, penggunaan tips dan petua ini tidak dijamin keberkesanannya...hehe.. Boleh dicuba tapi ditanggung sendiri.. :D

1. Bila awek mula mengamuk baling-baling barang
- Cuba anda sambut apa yang dia baling. Inilah masanya anda nak tunjuk kepantasan dan kehebatan menjadi goal keeper. Tidak sia-sia selalu jadi keaper masa main futsal.Tu pun kira bertuah dia x baling buah durian.. kalau tak, korang tangkap la durian tu..haha.!

2. Bile awek mula menjerit tak pasal-pasal menengking, membebel tanpa henti
- Anda diam je.. buat tak tahu.. lepas tu menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. Inilah masanya untuk anda menunjukkan suara anda sehebat Faizal Tahira ataupun Black Mentor.

3. Bile awek anda tenung macam nak telan (garang ar konon!)
- Anda senyum jek pandang si dia! Inilah masenya anda tunjuk betapa comelnyer muka anda ketika senyum!

4. Bile awek anda ambil semua barang2 dia ala2 nak lari dari rumah.
- Tolonglah kemaskan barang² dia bersama-sama. Ambil semua barang² dia masukkan dalam plastik sampah kaler itam tuh. Inilah masanya untuk anda tunjuk betapa rajinya, ringan tulang dan mempunyai semangat bergotong royong serta suka bantu membantu.

5. Bile awek menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
- Anda ketawalah berdekah² hingga terguling². Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka, sedih dan terluka!


Sekali lagi diingatkan, pandai buat pandai2 la tanggung ye..

tapi kalau anda berjaya, anda memang

LELAKI YANG HEBAT.. :D


2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...